uiks dah 3 hari tak tulis paper..malas punya pasal..hari ni nak balik Klang sabtu ngan ahad kena gi kenduri adeh..malas tol...hari ni ingat nak kuar awal cket, boleh sampai umah awal tak delah kena dok berjam-jam dalam bas sebab jam..apa-apa pon ti hari isnin baru nak update blog ni..selamat bercuti semua..selamat berhujung minggu..
Jumaat, 29 Mei 2009
Selasa, 26 Mei 2009
Sampai Bila - Utusan Malaysia
huh aku memang suka nak menjadi pengulas pasal berita kat muka depan utusan Malaysia hari ni. Masalah kesesakan penumpang yang menaiki kenderaan awam. sangat sesak dan menyusahkan, kenapa benda ni jadi eh, sebab kekurangan pengangkutan awam atau semakin ramai pengguna pengangkutan awam (ditambah lagi dengan kehadiran warga-warga selain warga Malaysia), dan yang paling merimaskan bila tahap berhimpit² di dalam kenderaan awam berada pada posisi seperti sardin yang nak gerak sikit pon payah. Pastu mulalah ada yang amik kesempatan menyeluk saku, meraba dan menyebarkan haruman terbaru (termasuk kategori amik kesempatan ke ni) aduh.. macam mana nak atasi perkara ni, nak naik pengangkutan awan berdepan dengan kesesakan manusia, naik kenderaan sendiri berdepan ngan kesesakan lalulintas pulak, banyak masa habis kat jalan je..

GAMBAR menunjukkan orang ramai membahayakan diri berhimpit-himpit dan berpaut pada pintu komuter di stesen Segambut. Gambar kanan pula memperlihatkan warga kota beratur panjang untuk menaiki bas selepas menggunakan perkhidmatan LRT di Perhentian Bas Stesen LRT, Bangsar, Kuala Lumpur, semalam.
SAMPAI BILA?
SISTEM pengangkutan awam di Lembah Klang terus meresahkan rakyat, sama ada bas, komuter atau Transit Aliran Ringan (LRT), perkhidmatan tidak banyak berubah. Jumlah pengguna yang bertambah telah memburukkan keadaan sehingga kemudahan komuter dan bas awam sedia ada sukar lagi menampung penumpang.
Tinjauan mendapati walaupun bukan pada waktu puncak, orang ramai termasuk warga emas dan kanak-kanak terpaksa berasak-asak dan berhimpit dalam komuter. Sampai bilakah ia harus dibiarkan berterusan?
Tindakan segera perlu dilakukan bagi mengatasi kesusahan yang dihadapi rakyat.
Night at The Museum: Battle of the Smithsonian
semalam gi tengok cite ni kat GSC Alamanda..tak plan pon nak gi tengok wayang, tapi ada orang nak belanja huhuhu laju je nak pegi, almaklumlah orang tu kan baru gaji, bukan senang nak dapat peluang nih, rembat je la...tengok cite Night at The Museum..ok la best..kelakar and tak de lag bosan, cuma yang tak best nye duduk kat line H01-H04, dah nak dekat ngan skrin, adalah lenguh² leher cket, apa-apa pon tak rugi la tengok, memang best lagi² bila tiket wayang dan jajan semasa tengok wayang di taja hehehe (Time kasih K Ku - orang yang menaja). Sape² tak tengok lagi n rasa-rasa berminat bole lah pergi tengok yee..selamat menonton...
Film Review
What’s there to say about the the sequel to the first Night at the Museum? It’s a bit of fluff, something to take the kids to where you might be mildly entertained without having to worry about anything offensive where your kids are involved.
The story picks up a few years after the first film, with Larry Daley (Ben Stiller) now a successful businessman. He has a knack for infomercial-type inventions and is doing very well - financially anyway. He still visits the museum from time to time to visit with his night-animated buddies, but not as often as he used to. It turns out that most of the museum pieces are being replaced by newfangled holographic projection versions, with the current ones being shipped off to storage at the Smithsonian, to be crated forever.

He attempts to intervene but it’s a case of too little, too late - but of course the day is not lost. One thing leads to another and Egyptian prince Kahmunrah (Hank Azaria) is awakened with thoughts of world domination on his mind. In the process we once again meet Robin Williams as Teddy Roosevelt, Owen Wilson as Jebediah Smith the pint sized cowboy, along with new characters General Custer (played well by Bill Hader) and Amelia Earhart (played by the forever cute and perky Amy Adams)
Isnin, 25 Mei 2009
Corat-Coret
hurm..saja ja nak merepek kat sini...nak cite pe ek..tak de cerita menarik ar sekarang ni, perjalanan hidup sedang-sedang saja..tak de perkembangan pon, menguncup je...hari² sama ja, weekday bangun pagi pegi keje..keje..keje..keje sampai pukul 5 (kadang² lebih, kadang² ngelat cket²) pastu balik umah, ting tong ting tong tengok TV, bla bla bla dah tido..Weekend lak sama juga..bosan betol..tak de ke yang lebih seronok...adeh...
Novel HuJuNg Minggu
weekend hari tu dok habiskan baca novel Bila Dah Suka tulisan Mimie Afinie..Cerita dia best, dia guna bahasa yang santai dan jalan cerita yang senang difahami..Tak delah meleret-leret sampai orang jadi bosan. Pukul 1 pagi baru tido nak habiskan baca novel ni punya pasal..

Sinopsis - Bila Dah Suka
Kata orang, cinta pertama paling sukar untuk dilupakan. Kata orang lagi, bila kecewa dalam bercinta, kita memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Benarkah begitu? Kalau benar, masakan dia senang sangat jatuh cinta dan senang pula melupakan?
Sebelum ini, sudah dua kali. Kini, hatinya terisi dengan nama lain pula. Mudah sungguh. Mungkin betul, dia memang jenis yang tidak boleh dibuat baik. Pantang orang buat baik sikit, senang sangat nak beri hati. Entahlah... Tapi apa sekalipun, dia yakin yang dia cintakan si dia. Cinta sungguh-sungguh.
‘BILA DAH SUKA’ membawa anda menyelami hati seorang gadis genit bernama Nurul Huda. Dia yang kecewa dengan perkahwinan insan yang dicintai membawa diri ke utara tanah air. Tetapi setiba di sana, sesuatu yang tidak diduga telah menimpa dirinya, lalu mengubah perjalanan hidupnya.
MIMIE AFINIE tampil sekali lagi dengan sebuah karya yang mampu ‘meringankan’ kepala anda dengan bahasa mudah dan bersahaja. Seperti biasa, ada unsur-unsur humor, suspens dan juga sedih. Moga terhibur...
Jumaat, 22 Mei 2009
Fakta Menarik - Bahagian 1
Sedang didalam kebosanan tahap gaban, aku pon dok la membuka google dan merayau-rayau di alam maya. Masuk dan menceroboh serta memporak-perandakan blog-blog orang laen (huhuhu) sambil mencari² input untuk menambah kegeniusan aku (perasan sungguh) then terjumpalah beberapa fakta yang menarik untuk dikongsi bersama. Mungkin ramai yang sudah tahu dan mungkin juga ada yang tidak tahu lagi (macam aku lah tu). Oleh itu meh le kita sama-sama menambah pengetahuan kita supaya sel-sel otak kita semakin berkembang....
Fakta Menarik..
- Tahi burung adalah eksport utama Nauru, iaitu sebuah negara pulau yang terletak di barat Lautan Pasifik.
- Cuba adalah satu-satunya pulau di Lautan Carribbean yang mempunyai landasan kereta api.
- Perkataan ‘Canada’ dalam bahasa India bermaksud ‘Kampung Besar’ manakala perkataan ‘I am’ adalah ayat yang paling pendek dalam bahasa Inggeris. Sementara itu perkataan ‘samba’ pula bermaksud ‘menggosok pusat bersama-sama’.
- Ukuran sari untuk pakaian harian dan ketika menghadiri majlis-majlis tidak rasmi adalah sepanjang 2 meter manakala untuk majlis rasmi 3 meter. Apabila hadir ke sesuatu majlis, wanita India akan menentukan sari mana yang sesuai dipakai.
- Pada 25 Februari 1885, Medical and Physical Journal di London telah melaporkan satu kejadian aneh tentang seorang lelaki berusia 77 tahun yang pada mulanya sihat walafiat, tiba-tiba mengeluarkan peluh tanpa henti. Journal itu seterusnya melaporkan, lelaki tua berkenaan akhirnya meninggal dunia selepas tiga bulan berpeluh tanpa henti!
- 25 Oktober 1881, Malaga, Sepanyol: Seorang bidan membiarkan seorang bayi lelaki terbaring di atas meja kerana menyangka bayi tersebut telah meninggal dunia semasa lahir. Bagaimanapun, bapa saudara bayi tersebut yang juga seorang doktor tidak begitu meyakininya. Lantas doktor berkenaan telah memberikan bantuan pernafasan hingga bayi tadi bernafas semula. Bayi lelaki yang berjaya diselamatkan nyawanya itu kemudian diberikan nama, Pablo Picasso, yang apabila dewasa menjadi pelukis terkenal dunia.
- Tapak sulaiman tidak mempunyai otak.
Khamis, 21 Mei 2009
Jeritan Maut - Harian Metro

IPOH: “Mana bini aku, mana bini aku...,” jerit Jafri Tajul Aripin, 47, kepada seorang lelaki dipercayai suspek kes samun dan bunuh dua beranak dan seorang pembantu rumah di Laluan Pinji Seni 4, Taman Pinji Seni, Jalan Sultan Azlan Shah di sini, semalam.
Jafri yang menangkap lelaki terbabit dengan bantuan seorang rakan berkata, dia mulanya bergegas pulang ke rumah apabila mendengar jeritan isterinya, Wah Yah Mat Zi, 42, ketika berbual menggunakan telefon bimbit sebelum talian itu terputus.Bimbang kejadian buruk menimpa keluarganya, Jafri segera memasuki rumahnya lalu mendapati mayat Wah Yah dan pembantu rumah terbujur di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah.Dalam keadaan terkejut itu, dia terus mencari anak bongsunya, Ermin Denish, 5, sebelum mayatnya ditemui di dalam bilik air. Dia kemudian terserempak seorang lelaki dipercayai suspek yang terburu-buru cuba melarikan diri dari rumahnya dengan melompat pagar sambil membawa sebuah beg menuju ke sebuah motosikal.
Berang dengan kejadian kejam itu, kata Jafri, dia mencapai sebilah parang dalam keretanya sebelum mengejar suspek di hadapan rumah.Dengan bantuan rakan, Ahmad Hanafiah, 38, yang kebetulan ternampak lelaki terbabit dikejar Jafri, mereka berjaya menghalang suspek daripada melarikan diri dengan menggunakan kereta.“Lelaki terbabit terjatuh sebelum saya menangkapnya dengan dibantu rakan yang kebetulan berada di kawasan rumah.“Kami mengikatnya dengan hos getah sementara menunggu ketibaan polis,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, Wah Yah yang juga pemilik salun, Ermin serta pembantu rumah mereka dikenali sebagai Dani, 18, ditemui mati dibunuh dengan kesan tikaman dan kelar di beberapa bahagian badan dalam kejadian samun bersenjata.Harian Metro difahamkan, Wah Yah baru saja mengeluarkan wang RM4,000 dari bank berdekatan sebelum dia dipercayai diekori penjenayah terbabit sehingga ke rumah. Saksi kejadian yang juga kenalan Jafri, Ahmad Hanafiah, 38, berkata dia hairan apabila melihat rakannya berlari masuk ke rumahnya dalam keadaan tergesa-gesa.“Saya cemas sebelum berpatah balik untuk melihat apa yang berlaku. Apabila tiba di tempat kejadian, saya melihat seorang lelaki melompat keluar dari pagar rumah mangsa dengan membawa sebuah beg dan bergegas menaiki motosikalnya. “Saya dan Jafri menghalang suspek dengan menggunakan kereta dan terus keluar menangkap lelaki terbabit yang terjatuh sebelum sempat dia melarikan diri,” katanya. Ahmad berkata, ketika kejadian, dia baru saja mengeluarkan wang di sebuah bank berhampiran rumah mangsa sebelum ternampak rakannya itu kelihatan cemas.
“Sebelum itu, saya baru saja selesai melakukan kerja mengecat pagar di Jabatan Penerbangan Awam dan kebetulan melalui kawasan kediaman mangsa,” katanya. Sementara itu, Jafri terpaksa ditenangkan saudaranya dan lebih menyayat hati apabila anak perempuan mangsa berusia 10 tahun berlari sambil meraung “Mami, Mami” sebelum mendapatkan ayahnya selepas mengetahui kejadian menimpa ibu. Keadaan di sekitar rumah mangsa juga sesak dengan kehadiran 300 orang menyebabkan polis mengeluarkan arahan supaya orang ramai beredar. Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa keluar dari rumah berkenaan jam 6.10 petang sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.

Langgan:
Catatan (Atom)