Isnin, 29 Jun 2009

It starts with good working posture

IN general, computer users are exposed to three types of hazards due to poor ergonomics; eye strain (visual fatigue), work-related musculoskeletel disorders (WMSDs) and backache.

Eye strain is caused by overuse os the muscles around and within the eyes responsible for positioning and controlling the eyes' movements.

It can be caused by inappropriate viewing height and distance, poor monitor positioning in relation to overhead lights and windows, glare, unsuitable environmental conditions (inadequate lighting, temperature and humidity), characterisics of the display (such as colour contrast, font type and font size) and extended screen work without break.

The most common WMSD is carpal tunnel syndrome (CTS). It is caused by the compression of the median nerve due to swelling and irritation of the tendon in the carpal tunnel. The common factors associated with CTS are irregular wrist posture (such as wrist flexion or extension during typing), rapid finger movement, forceful gripping and vibration.

Backache, as a result of sedentary work involving computers, is often due to poor working posture, prolonged sitting and poor workstation design. For example, a poorly designed chair that is not adjustable and without a fully supported backrest can give rise to backache.

One way to reducing health hazards due to poor ergonomics is to observe the following working posture:-
1. Keep your head level or slightly tilted downward.

2. Sit with yout shoulders relaxed, not elevated.

3. Keep your elbow close to your sides and bent at aboutm90-degree angle, not extended out in front of your body.

4. Use chair with backrest to support your lower back.

5. Sit with your entire upper body upright or learning slightly back.

6. Keep your wrists straight while your work.

7. Sit with your knees at same level of your hip.

8. Place your feet slightly out in front of your knees and make sure they are comfortaby supported by floor or footrest.

Source: Mohd Asyraf Che Doi, lecturer-cum-trainer and consultant in ergonomics at Universiti Malaysia Perlis.

Jumaat, 26 Jun 2009

BiarLah YM Bicara

heh..layan je Novel ni...bolehlah bagi 3.5 markah daripada 5, huh cam kedekut je huhuhu tapi still ok untuk dibaca time bosan ataupun time rasa nak layan jiwang kejap..selamat membaca...



Sinopsis..

Tajuk : Biarlah YM Berbicara
Pengarang : Hanni Ramsul
Penerbit : Kaki Novel
ISBN : 978-967-5067-21-1
Mukasurat :
Status Stok : ADA

Abang Kamal…
Walau segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini.Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati…

Encik Firdaus…
Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti, kerana, cinta memang tidak pernah wujud di hati ini.Dan, kalau bukan cinta kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…

Charming…
Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu. Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin wujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu…

Aku…
Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya, cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang siur permainan duniawi ini…

Jumaat, 19 Jun 2009

Everybody, Somebody, Anybody and Nobody

This is a story about four people, Everybody, Somebody, Anybody and Nobody.

There was an important job to be done. Everybody was asked to do it.
Everybody was sure Somebody would do it.
Anybody could have done it but Nobody did it.
Somebody got angry about that because it was Everybody’s job.
Everybody thought Anybody could do it, but Nobody realized that.
Everybody wouldn’t do it.
It ended up that Everybody blamed Somebody when actually Nobody asked Anybody.

Source: The Star, Mind Our English

10 Langkah Tangani H1N1

sejak kebelakangan ini banyak negara di dunia mula dilanda kerisauan bila wabak influenza H1N1 mula merebak dan menyebabkan kematian. Influenza H1N1 atau nama glamernya selesema B**i telah menyebabkan Malaysia turut mengambil langkah berjaga-jaga disemua pintu masuk ke Malaysia. hmm mungkin ini petanda supaya B**i yang memang terkenal sebagai haiwan pembawa penyakit ini perlu dihapuskan terus dari muka bumi. Berikut merupakan 10 langkah yang diambil oleh Kerajaan menangani H1N1. Bagi rakyat Malaysia khususnya haruskan sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran disapmping menangguhkan lawaan ke luar negara. Diharap Malaysia akan terus bebas dari sebarang jangkitan kuman dan penyakit-penyakit berjangkit yang merbahaya..
  1. Menjadikan pengisian borang pengisytiharan kesihatan sebagai mandatori dan boleh dihukum jika enggan.
  2. Pemeriksaan kesihatan suhu badan bagi penumpang dari luar negara yang mempunyai penularan yang tinggi dan berisiko untuk Malaysia seperti Amerika Syarikat, Melbourne dan Manila.
  3. Penyediaan topeng muka oleh operator pengangkutan untuk mereka yang bergejala influenza.
  4. Penguatkuasaan undang-undang sedia ada oleh pihak berkuasa tempatan untuk kebersihan tandas-tandas awam.
  5. Pelalian vaksin influenza bermusim untuk golongan berisiko iaitu mereka yang bekerja di barisan hadapan iaitu pekerja Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa.
  6. Pihak pengurusan agensi kementerian perlu memastikan mereka yan bekerja di barisan hadapan menjaga kesihatan diri.
  7. Kempen media oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan perlu dipertingkatkan untuk kesedaran awam.
  8. Apabila berlaku wabak disesuatu tempat maka Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik H1N1 akan memaklumkan kepada MKM yang akan mengeluarkan peraturan tidak akan ada perhimpunan di kawasan berkenaan atau keperluan sekolah di tutup.
  9. Hospital awam dan swasta perlu mengurangkan bilangan pelawat.
  10. Saringan suhu badan di hospital kerajaan dan swasta.

Khamis, 18 Jun 2009

Corat-CoreT

huh..rasa dah lama tak menulis kat sini..semenjak 2 menjak ni cam agak bz je..macam-macam hal..minggu lepas weekend balik Klang dok teman my mom gi shopping raya, heh awal sungguh shopping raya. naik lenguh² gak jalan round satu Klang tu..ofis lak sekarang ni agak sebuk sedikit, almaklumlah banyak juga koje-koje sampingan yang tiba huhuhuhu.

Baca surat khabar hari² macam-macam citer yang dengar. Daripada politik yang makin menjadi-jadi, jerebu yang mencemarkan alam, kisah orang gaji kena dera, masalah pendidikan BI kat sekolah, chin peng pon ada... huh banyak lagi lak sampai aku lak yang pening memikirkan masalah negara ni huhuhu. Dah makin 'meningkat usia' ni makin banyak pula benda nak difikirkan sampai dah malas nak fikir....aduh tak de ke benda yang boleh wat hidup ni berwarna warni, kelabu asap je...

Rabu, 10 Jun 2009

Tips to improve your English

I would like to share the following tips for those who are just starting to learn English

  1. Just like a new baby, we learn a language slowly. First we listen, then we speak, then we read and finally, write.

  2. Listen, speak, write and most of all, THINK in ENGLISH.

  3. Make friends with somebody who can practice with you with the language.

  4. Read English stories and articles

  5. Write down new words, start a vocabulary notebook.

  6. Keep an English diary to practice writing sentences in English.


    Opportunities are presented to us at different times in our life. What we do with the opportunity is a choice we all need to make. We sometimes grab on to it, and, other times we fail to even recognize the opportunity.

    “The golden opportunity you are seeking is in yourself. It is not in your environment; it is not in luck or chance, or the help of others; it is in yourself alone.”
    Orison Swett Marden

Selasa, 9 Jun 2009

3 Tahun Dalam Neraka - Harian Metro

macam-macam perangai orang zaman sekarang. Taulah orang tu cuma pembantu rumah tapi takkan la boleh dera sampai camtu, majikan ni memang tak da ahti perut dah la tak kasi orang tu gaji, sebab dia orang indonesia ke sampai boleh buat cam tu kat dia. Jahat betul majikan dia ni, patutnya kasi je dia rasa kena simbah air panas cam ne, dia ingat best agaknya...


KUALA LUMPUR: Amah wanita itu diperlakukan bagai hamba abdi sejak hampir tiga tahun apabila didera hampir setiap hari, sebelum dia nekad melarikan diri dari rumah majikannya di sebuah kondominium di Mount Kiara di sini, awal pagi semalam.

Malah, majikan terbabit didakwa tidak pernah membayar gaji walau satu sen pun sejak wanita warga Indonesia itu diambil bekerja di rumahnya, selain hanya diberikan nasi kosong tanpa lauk sebagai makanan harian.

Lebih memualkan, jika mangsa teringin sangat menjamah lauk, dia hanya dibenarkan mengambil daging babi oleh majikan tidak berhati perut itu, walaupun mengetahui pembantu rumah berkenaan beragama Islam.

Itulah antara penderitaan terpaksa ditanggung Siti Hajar, 33, yang cedera teruk hampir di seluruh anggota badan akibat disimbah air panas sebelum wanita berkenaan meloloskan diri.

Difahamkan, wanita malang terbabit yang tidak dapat menanggung azab melarikan diri dari rumah majikannya kira-kira jam 1 pagi dan bersembunyi di tepi jalan sebelum menahan sebuah teksi untuk ke Kedutaan Indonesia, di sini.

Mengulas mengenai kejadian itu, Duta Besar Indonesia di Malaysia, Tan Sri Da’i Bachtiar, berkata wanita malang terbabit tiba di perkarangan Kedutaan Indonesia kira-kira jam 8.30 pagi dan menceritakan segala penderitaan yang ditanggungnya selama ini.

Sejurus melihat keadaan mangsa yang cedera teruk itu, pihak kedutaan kemudian membawanya ke hospital sebelum membuat laporan polis,” katanya pada sidang media di pejabatnya, petang semalam.

Menurutnya, pembantu rumah berkenaan yang berasal daripada Jawa Barat, tiba di negara ini pada 2006 dan dihantar bekerja di rumah dua majikan berlainan.“Wanita terbabit bekerja dengan majikannya yang pertama pada 2 Julai 2006 selama empat hari dan kemudian diambil bekerja sebagai pembantu di rumah majikannya sekarang,” katanya.

Menurutnya, sejak hari itu bermulalah penderitaan yang terpaksa ditanggung wanita malang terbabit apabila dia kerap dimarahi dan dipukul hanya kerana melakukan kesalahan kecil. “Mangsa langsung tidak dibayar gaji sejak 34 bulan lalu dan dia turut dipukul dengan objek keras jika membuat kesalahan.“Dia yang tidak tahan lagi menanggung penderitaan akibat didera hampir setiap hari itu nekad melarikan diri semalam (kelmarin) selepas disimbah air panas oleh majikannya,” katanya.

Da’i berkata, pihak kedutaan memanggil wanita yang menjadi majikan itu untuk mengadakan perbincangan bagi menuntut tunggakan gaji pembantu rumah berkenaan yang dianggarkan bernilai RM17,000.“Majikan itu datang ke kedutaan kira-kira jam 11 pagi tadi (semalam) dan hasil perbincangan dia mengakui mendera mangsa dan meminta maaf.“Hampir lapan jam perbincangan dilakukan dan wanita itu kemudian ditahan polis sejurus dia keluar dari pejabat kedutaan,” katanya.

Isnin, 8 Jun 2009

Fakta Menarik - Bahagian 2

huah..sungguh bosan dan pening betul rasanya..meh le kite sama-sama menambah pengetahuan pada perkara yang selama ini kita tak tau atau pun dah tau tapi macam tak perasan lak..

Fakta Menarik
  1. Pada Mac 1846, Muzium British telah menerima hadiah berupa koleksi siput dari Greek & Mesir. Daripada sekian banyak siput itu, terdapat dua ekor siput Mesir yang telah digam pada sebuah plak dan diletakkan di dalam kebinet pameran. Kejadian aneh berlaku empat tahun kemudian iaitu pada Mac 1850 apabila kelihatan ‘sesuatu’ yang licin dan berkilat di sekeliling mulut salah seekor daripada siput berkenaan. Spesimen itu diambil dan dimasukkan kedalam sebekas air. Mengejutkan, selepas 10 minit direndam, spesimen itu bergerak-gerak, kemudian mengelilingi bekas air tersebut. Rupa-rupanya ia adalah seekor siput kecil! Siput itu terus membesar dan lima bulan kemudian majalah Annals and Magazine of Natural History melaporkan siput itu makan apa saja sayuran yang diberikan kepadanya terutama daun kubis dan salad.

  2. Sebelum masuk ke dalam sistem solar kita, planet Venus asalnya adalah sebuah komet.

  3. Di Florida, Amerika, terdapat syarikat insurans yang menawarkan perlindungan daripada diculik makhluk asing.

  4. Walaupun tenaga seekor buaya semasa menutup mulutnya begitu kuat hingga boleh mematahkan tulang-temulang kita, tetapi otot yang bertindak membuka mulut haiwan tersebut terlalu lemah hingga kita boleh memegang mulut reptilia itu dan menghalangnya daripada terbuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan.

  5. Fakta ini untuk pembaca yang suka mewarnakan rambut: Suatu ketika dahulu, masyarakat Rom & Mesir kuno menggunakan campuran minyak panas dan sisa berudu hancur untuk membuat pewarna rambut!

  6. Kira-kira 60 juta tahun lalu, nenek moyang kuda yang ada sekarang hanyalah setinggi satu kaki sahaja.

Khamis, 4 Jun 2009

Walimatulurus


31 Mei 2009 - Majlis perkahwinan Rafidah Jaafar dan Azlan Ibrahim kat Tapah, Perak. Kitorang bertolak dari Klang kol 10.30 pagi pastu sampai kat Tapah dalam kol 1.30. Peta kat kad kawin tu ok la, jelas sehinggakan kitorang tak sesat nak carik rumah pengantin, time kitorang sampai tu pengantin tengah makan beradap..hmmm tak sempat nak amik gambar ngan pengantin, ada sekeping je, tema majlis dorang HIJAU. Pada Azlan & Rafidah semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Fida jangan selalu marah-marah, Azlan jangan nakal-nakal (notty boy nih)..Moga murah rezeki dan aman damai selamanya--Amiin..

Selasa, 2 Jun 2009

kOmik

Komik penyiasat remaja dan sekolah detektif
banyak yang dah hilang
ada orang pinjam pastu tak reti nak pulang
hampeh..

Detektif conan dah sampai vol 63

tengah baca yang ni..tak habis-habis lagii..