Jumaat, 19 Jun 2009

10 Langkah Tangani H1N1

sejak kebelakangan ini banyak negara di dunia mula dilanda kerisauan bila wabak influenza H1N1 mula merebak dan menyebabkan kematian. Influenza H1N1 atau nama glamernya selesema B**i telah menyebabkan Malaysia turut mengambil langkah berjaga-jaga disemua pintu masuk ke Malaysia. hmm mungkin ini petanda supaya B**i yang memang terkenal sebagai haiwan pembawa penyakit ini perlu dihapuskan terus dari muka bumi. Berikut merupakan 10 langkah yang diambil oleh Kerajaan menangani H1N1. Bagi rakyat Malaysia khususnya haruskan sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran disapmping menangguhkan lawaan ke luar negara. Diharap Malaysia akan terus bebas dari sebarang jangkitan kuman dan penyakit-penyakit berjangkit yang merbahaya..
  1. Menjadikan pengisian borang pengisytiharan kesihatan sebagai mandatori dan boleh dihukum jika enggan.
  2. Pemeriksaan kesihatan suhu badan bagi penumpang dari luar negara yang mempunyai penularan yang tinggi dan berisiko untuk Malaysia seperti Amerika Syarikat, Melbourne dan Manila.
  3. Penyediaan topeng muka oleh operator pengangkutan untuk mereka yang bergejala influenza.
  4. Penguatkuasaan undang-undang sedia ada oleh pihak berkuasa tempatan untuk kebersihan tandas-tandas awam.
  5. Pelalian vaksin influenza bermusim untuk golongan berisiko iaitu mereka yang bekerja di barisan hadapan iaitu pekerja Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa.
  6. Pihak pengurusan agensi kementerian perlu memastikan mereka yan bekerja di barisan hadapan menjaga kesihatan diri.
  7. Kempen media oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan perlu dipertingkatkan untuk kesedaran awam.
  8. Apabila berlaku wabak disesuatu tempat maka Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik H1N1 akan memaklumkan kepada MKM yang akan mengeluarkan peraturan tidak akan ada perhimpunan di kawasan berkenaan atau keperluan sekolah di tutup.
  9. Hospital awam dan swasta perlu mengurangkan bilangan pelawat.
  10. Saringan suhu badan di hospital kerajaan dan swasta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan