Jumaat, 29 Mei 2009

Conteng-conteng

uiks dah 3 hari tak tulis paper..malas punya pasal..hari ni nak balik Klang sabtu ngan ahad kena gi kenduri adeh..malas tol...hari ni ingat nak kuar awal cket, boleh sampai umah awal tak delah kena dok berjam-jam dalam bas sebab jam..apa-apa pon ti hari isnin baru nak update blog ni..selamat bercuti semua..selamat berhujung minggu..

Selasa, 26 Mei 2009

Sampai Bila - Utusan Malaysia

huh aku memang suka nak menjadi pengulas pasal berita kat muka depan utusan Malaysia hari ni. Masalah kesesakan penumpang yang menaiki kenderaan awam. sangat sesak dan menyusahkan, kenapa benda ni jadi eh, sebab kekurangan pengangkutan awam atau semakin ramai pengguna pengangkutan awam (ditambah lagi dengan kehadiran warga-warga selain warga Malaysia), dan yang paling merimaskan bila tahap berhimpit² di dalam kenderaan awam berada pada posisi seperti sardin yang nak gerak sikit pon payah. Pastu mulalah ada yang amik kesempatan menyeluk saku, meraba dan menyebarkan haruman terbaru (termasuk kategori amik kesempatan ke ni) aduh.. macam mana nak atasi perkara ni, nak naik pengangkutan awan berdepan dengan kesesakan manusia, naik kenderaan sendiri berdepan ngan kesesakan lalulintas pulak, banyak masa habis kat jalan je..



GAMBAR menunjukkan orang ramai membahayakan diri berhimpit-himpit dan berpaut pada pintu komuter di stesen Segambut. Gambar kanan pula memperlihatkan warga kota beratur panjang untuk menaiki bas selepas menggunakan perkhidmatan LRT di Perhentian Bas Stesen LRT, Bangsar, Kuala Lumpur, semalam.


SAMPAI BILA?

SISTEM pengangkutan awam di Lembah Klang terus meresahkan rakyat, sama ada bas, komuter atau Transit Aliran Ringan (LRT), perkhidmatan tidak banyak berubah. Jumlah pengguna yang bertambah telah memburukkan keadaan sehingga kemudahan komuter dan bas awam sedia ada sukar lagi menampung penumpang.

Tinjauan mendapati walaupun bukan pada waktu puncak, orang ramai termasuk warga emas dan kanak-kanak terpaksa berasak-asak dan berhimpit dalam komuter. Sampai bilakah ia harus dibiarkan berterusan?

Tindakan segera perlu dilakukan bagi mengatasi kesusahan yang dihadapi rakyat.

Night at The Museum: Battle of the Smithsonian

semalam gi tengok cite ni kat GSC Alamanda..tak plan pon nak gi tengok wayang, tapi ada orang nak belanja huhuhu laju je nak pegi, almaklumlah orang tu kan baru gaji, bukan senang nak dapat peluang nih, rembat je la...tengok cite Night at The Museum..ok la best..kelakar and tak de lag bosan, cuma yang tak best nye duduk kat line H01-H04, dah nak dekat ngan skrin, adalah lenguh² leher cket, apa-apa pon tak rugi la tengok, memang best lagi² bila tiket wayang dan jajan semasa tengok wayang di taja hehehe (Time kasih K Ku - orang yang menaja). Sape² tak tengok lagi n rasa-rasa berminat bole lah pergi tengok yee..selamat menonton...

Film Review

What’s there to say about the the sequel to the first Night at the Museum? It’s a bit of fluff, something to take the kids to where you might be mildly entertained without having to worry about anything offensive where your kids are involved.

The story picks up a few years after the first film, with Larry Daley (Ben Stiller) now a successful businessman. He has a knack for infomercial-type inventions and is doing very well - financially anyway. He still visits the museum from time to time to visit with his night-animated buddies, but not as often as he used to. It turns out that most of the museum pieces are being replaced by newfangled holographic projection versions, with the current ones being shipped off to storage at the Smithsonian, to be crated forever.

He attempts to intervene but it’s a case of too little, too late - but of course the day is not lost. One thing leads to another and Egyptian prince Kahmunrah (Hank Azaria) is awakened with thoughts of world domination on his mind. In the process we once again meet Robin Williams as Teddy Roosevelt, Owen Wilson as Jebediah Smith the pint sized cowboy, along with new characters General Custer (played well by Bill Hader) and Amelia Earhart (played by the forever cute and perky Amy Adams)

Isnin, 25 Mei 2009

Corat-Coret

hurm..saja ja nak merepek kat sini...nak cite pe ek..tak de cerita menarik ar sekarang ni, perjalanan hidup sedang-sedang saja..tak de perkembangan pon, menguncup je...hari² sama ja, weekday bangun pagi pegi keje..keje..keje..keje sampai pukul 5 (kadang² lebih, kadang² ngelat cket²) pastu balik umah, ting tong ting tong tengok TV, bla bla bla dah tido..Weekend lak sama juga..bosan betol..tak de ke yang lebih seronok...adeh...

Novel HuJuNg Minggu


weekend hari tu dok habiskan baca novel Bila Dah Suka tulisan Mimie Afinie..Cerita dia best, dia guna bahasa yang santai dan jalan cerita yang senang difahami..Tak delah meleret-leret sampai orang jadi bosan. Pukul 1 pagi baru tido nak habiskan baca novel ni punya pasal..

Sinopsis - Bila Dah Suka


Kata orang, cinta pertama paling sukar untuk dilupakan. Kata orang lagi, bila kecewa dalam bercinta, kita memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Benarkah begitu? Kalau benar, masakan dia senang sangat jatuh cinta dan senang pula melupakan?

Sebelum ini, sudah dua kali. Kini, hatinya terisi dengan nama lain pula. Mudah sungguh. Mungkin betul, dia memang jenis yang tidak boleh dibuat baik. Pantang orang buat baik sikit, senang sangat nak beri hati. Entahlah... Tapi apa sekalipun, dia yakin yang dia cintakan si dia. Cinta sungguh-sungguh.

‘BILA DAH SUKA’ membawa anda menyelami hati seorang gadis genit bernama Nurul Huda. Dia yang kecewa dengan perkahwinan insan yang dicintai membawa diri ke utara tanah air. Tetapi setiba di sana, sesuatu yang tidak diduga telah menimpa dirinya, lalu mengubah perjalanan hidupnya.

MIMIE AFINIE tampil sekali lagi dengan sebuah karya yang mampu ‘meringankan’ kepala anda dengan bahasa mudah dan bersahaja. Seperti biasa, ada unsur-unsur humor, suspens dan juga sedih. Moga terhibur...

Jumaat, 22 Mei 2009

Fakta Menarik - Bahagian 1

Sedang didalam kebosanan tahap gaban, aku pon dok la membuka google dan merayau-rayau di alam maya. Masuk dan menceroboh serta memporak-perandakan blog-blog orang laen (huhuhu) sambil mencari² input untuk menambah kegeniusan aku (perasan sungguh) then terjumpalah beberapa fakta yang menarik untuk dikongsi bersama. Mungkin ramai yang sudah tahu dan mungkin juga ada yang tidak tahu lagi (macam aku lah tu). Oleh itu meh le kita sama-sama menambah pengetahuan kita supaya sel-sel otak kita semakin berkembang....


Fakta Menarik..
  1. Tahi burung adalah eksport utama Nauru, iaitu sebuah negara pulau yang terletak di barat Lautan Pasifik.

  2. Cuba adalah satu-satunya pulau di Lautan Carribbean yang mempunyai landasan kereta api.

  3. Perkataan ‘Canada’ dalam bahasa India bermaksud ‘Kampung Besar’ manakala perkataan ‘I am’ adalah ayat yang paling pendek dalam bahasa Inggeris. Sementara itu perkataan ‘samba’ pula bermaksud ‘menggosok pusat bersama-sama’.

  4. Ukuran sari untuk pakaian harian dan ketika menghadiri majlis-majlis tidak rasmi adalah sepanjang 2 meter manakala untuk majlis rasmi 3 meter. Apabila hadir ke sesuatu majlis, wanita India akan menentukan sari mana yang sesuai dipakai.

  5. Pada 25 Februari 1885, Medical and Physical Journal di London telah melaporkan satu kejadian aneh tentang seorang lelaki berusia 77 tahun yang pada mulanya sihat walafiat, tiba-tiba mengeluarkan peluh tanpa henti. Journal itu seterusnya melaporkan, lelaki tua berkenaan akhirnya meninggal dunia selepas tiga bulan berpeluh tanpa henti!

  6. 25 Oktober 1881, Malaga, Sepanyol: Seorang bidan membiarkan seorang bayi lelaki terbaring di atas meja kerana menyangka bayi tersebut telah meninggal dunia semasa lahir. Bagaimanapun, bapa saudara bayi tersebut yang juga seorang doktor tidak begitu meyakininya. Lantas doktor berkenaan telah memberikan bantuan pernafasan hingga bayi tadi bernafas semula. Bayi lelaki yang berjaya diselamatkan nyawanya itu kemudian diberikan nama, Pablo Picasso, yang apabila dewasa menjadi pelukis terkenal dunia.

  7. Tapak sulaiman tidak mempunyai otak.

Khamis, 21 Mei 2009

Jeritan Maut - Harian Metro


IPOH: “Mana bini aku, mana bini aku...,” jerit Jafri Tajul Aripin, 47, kepada seorang lelaki dipercayai suspek kes samun dan bunuh dua beranak dan seorang pembantu rumah di Laluan Pinji Seni 4, Taman Pinji Seni, Jalan Sultan Azlan Shah di sini, semalam.

Jafri yang menangkap lelaki terbabit dengan bantuan seorang rakan berkata, dia mulanya bergegas pulang ke rumah apabila mendengar jeritan isterinya, Wah Yah Mat Zi, 42, ketika berbual menggunakan telefon bimbit sebelum talian itu terputus.Bimbang kejadian buruk menimpa keluarganya, Jafri segera memasuki rumahnya lalu mendapati mayat Wah Yah dan pembantu rumah terbujur di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah.Dalam keadaan terkejut itu, dia terus mencari anak bongsunya, Ermin Denish, 5, sebelum mayatnya ditemui di dalam bilik air. Dia kemudian terserempak seorang lelaki dipercayai suspek yang terburu-buru cuba melarikan diri dari rumahnya dengan melompat pagar sambil membawa sebuah beg menuju ke sebuah motosikal.

Berang dengan kejadian kejam itu, kata Jafri, dia mencapai sebilah parang dalam keretanya sebelum mengejar suspek di hadapan rumah.Dengan bantuan rakan, Ahmad Hanafiah, 38, yang kebetulan ternampak lelaki terbabit dikejar Jafri, mereka berjaya menghalang suspek daripada melarikan diri dengan menggunakan kereta.“Lelaki terbabit terjatuh sebelum saya menangkapnya dengan dibantu rakan yang kebetulan berada di kawasan rumah.“Kami mengikatnya dengan hos getah sementara menunggu ketibaan polis,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, Wah Yah yang juga pemilik salun, Ermin serta pembantu rumah mereka dikenali sebagai Dani, 18, ditemui mati dibunuh dengan kesan tikaman dan kelar di beberapa bahagian badan dalam kejadian samun bersenjata.Harian Metro difahamkan, Wah Yah baru saja mengeluarkan wang RM4,000 dari bank berdekatan sebelum dia dipercayai diekori penjenayah terbabit sehingga ke rumah. Saksi kejadian yang juga kenalan Jafri, Ahmad Hanafiah, 38, berkata dia hairan apabila melihat rakannya berlari masuk ke rumahnya dalam keadaan tergesa-gesa.“Saya cemas sebelum berpatah balik untuk melihat apa yang berlaku. Apabila tiba di tempat kejadian, saya melihat seorang lelaki melompat keluar dari pagar rumah mangsa dengan membawa sebuah beg dan bergegas menaiki motosikalnya. “Saya dan Jafri menghalang suspek dengan menggunakan kereta dan terus keluar menangkap lelaki terbabit yang terjatuh sebelum sempat dia melarikan diri,” katanya. Ahmad berkata, ketika kejadian, dia baru saja mengeluarkan wang di sebuah bank berhampiran rumah mangsa sebelum ternampak rakannya itu kelihatan cemas.

“Sebelum itu, saya baru saja selesai melakukan kerja mengecat pagar di Jabatan Penerbangan Awam dan kebetulan melalui kawasan kediaman mangsa,” katanya. Sementara itu, Jafri terpaksa ditenangkan saudaranya dan lebih menyayat hati apabila anak perempuan mangsa berusia 10 tahun berlari sambil meraung “Mami, Mami” sebelum mendapatkan ayahnya selepas mengetahui kejadian menimpa ibu. Keadaan di sekitar rumah mangsa juga sesak dengan kehadiran 300 orang menyebabkan polis mengeluarkan arahan supaya orang ramai beredar. Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa keluar dari rumah berkenaan jam 6.10 petang sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.

Rabu, 20 Mei 2009

Hadapi deNgan SenyumaN..

hmm...mula² tak pernah dengar pon lagu ni.. Start tau lagu ni masa terlibat ngan SWIP tahun 2007 (rakan² SWIP - ingatkah anda dengan lagu ini). Adalah kisah yang menyebabkan munculnya lagu ini, cewah macam sangat gempak plak (bila fikir² balik kelakar pon ada). Pastu lelama rasa lagu ni kekadang bagi inspirasi gak..pada yang tak pernah dengar lagu ni terimalah : HADAPI DENGAN SENYUMAN - dinyanyikan oleh Dewa..

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi Biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan Tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

*lagu tidak dapat disiarkan wat masa ni..nak dengar melodi nye silalah cari kat www.imeem.com atau pun search je kat google*

Counting calories

calorie: 1 calorie will raise 1 gram of water 1 degree Celsius. If 1 g of water is given 2 calories, its temperature will go up 2 degrees.

Melting ice at 0 degrees Celsius: It takes 80 calories to melt 1 gram of ice. If 1 g of ice (at 0 degrees Celsius) is given 80 calories, it will melt and the final temperature of the water will be 0.


Freezing water at 0 degrees Celsius: It also takes 80 calories to freeze 1 gram of water. If 1 g of water (at 0 degrees Celsius) gives away 80 calories, it will freeze and its final temperature will be 0.

Boiling water at 100 degrees Celsius: 540 calories are needed to turn 1 gram (at 100 degrees Celsius) of water to steam.

2 maut, 7 parah bas ekspres bertembung treler - Utusan Malaysia


KUANTAN 19 Mei – Dua maut manakala tujuh lagi parah apabila sebuah bas ekspres bertembung dengan sebuah treler yang sarat membawa muatan baja di Kilometer 31, Jalan Kuantan-Maran, malam tadi.

Mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian pukul 8.15 malam itu ialah pemandu lori berkenaan, Khairul Nizam Mohammed, 31, dari Kampung Padang Maidin, Kuala Terengganu dan seorang penumpang bas ekspres, Sabariah Arif, 32, dari Felda Purun Teriang, Bera.

Tujuh yang parah ialah pemandu bas, Mohammed Saladi Ripin, 42; kelindan lori, Yusoff Hassan, 42, dan lima penumpang bas berkenaan iaitu Tuan Suziyzty Tun Noor, 24; Aulia Hasan Basri, 30; Mohd. Johar Yadin, 56; Abdul Rahman Abdullah, 19, dan Raja Ahmad Suari Raja Abu Bakar, 40.

Pegawai Penguat Kuasa/Tadbir Trafik Pahang, Asisten Supritendan Zainalabidin Othman berkata, kemalangan berlaku ketika bas ekspres Transnasional berkenaan yang membawa 21 penumpang dalam perjalanan dari Kuantan ke Temerloh manakala treler milik Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) itu pula dari arah bertentangan.

Beliau berkata, setibanya di sebuah jambatan sempit, bas ekspres berkenaan dipercayai memasuki laluan lori berkenaan sehingga menyebabkan berlaku pertembungan.
“Akibat pertembungan itu, bahagian hadapan treler berkenaan remuk, manakala bas ekspres berkenaan pula terkopak daripada bahagian hadapan hingga ke tengah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Zainalabidin, kesemua mangsa yang mengalami kecederaan parah diberikan rawatan kecemasan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Katanya, polis yang menjalankan siasatan kes itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, akan menahan pemandu bas ekspres berkenaan sejurus dia mendapatkan rawatan bagi membantu siasatan.

Isnin, 18 Mei 2009

Baca Novel apa eh..

Hari tu dok baca Novel Teluki Itu Untuk Aku - Nazawati..dah habis baca novel tu (bolehla dikategorikan best)..sekarang tengah layan Novel ni plak, baru baca sikit...setakat ni ceritanya yang sedang-sedang saja..belum habis baca lagi..


Sinopsis (Sungguh Aku Cinta - Anis Ayuni)

TIDAK pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Sehabis daya Maira memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Sofia. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yang sudah berkecai.
Maira bangkit mendepani takdir. Bukan serik untuk bercinta lagi, tetapi salam kasih Fajar dibiarkan sepi. Namun, kesungguhan lelaki itu mendamba cinta, perlahan-lahan melarutkan kedukaannya.
Azhan muncul kembali merayu cinta Maira. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira, kasih yang sudah terputus takkan ada sambungnya lagi.
Sekali lagi ketabahan Maira diuji apabila Fajar dipaksa membuat pilihan oleh ibunya. Maira pasrah pada takdir ILAHI. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta...

Kasut Oh Kasut

Wekend hari tu tak balik Klang. Dok saje kat Putrajaya, hari Sabtu tu pegila kat Alamanda, Hajat dihati nak tengok wayang citer xmen. Kuar rumah lepas zohor, sampai Alamanda terus gi beli tiket n masuk wayang kol 2.15. Ok la citer nye...layan la jugak..habis cite dalam kol 4.30 then jalan-jalan kat Alamanda. Jumpa plak kedai kasut VISS tengah wat offer, kira macam jualan cuci gudang la..murah..murah..murah..kebetulan memang nak beli kasut yang boleh pakai lari-lari sikit yang tidak bertumit la kononnya..belek punya belek, menyelit kat tengah² orang ramai gile, akhirnya jumpa gak satu kasut tu, kira ok la. dah try sume padan la kat kaki, tengok² kasut tu cam ada cacat sikit (maklumlah dah ramai yang pegang) cari la yang lain. tup tup jumpa sebijik..saiz pon sama tanpa berlengah lagi (x try dah - sebat je) untuk mengelakkan kesesakan yang semakin melampau terus gi bayar kat kaunter. Dapat gak kasut, then teruskan berjalan dan cuci mata kat Alamnda. B4 maghrib balik rumah. Tengah lepak² tengok TV terasa nak try la kasut yang beli tadi, sekali bukak jeng jeng jeng baru perasan kasut tu dua² belah untuk kaki kiri..waaaa cam na nak pakai...sadis tol..tu la akibatnya bila men redah je tak tengok² dulu..padan muka sendiri..



Hari ni gi Alamanda tukar balik kasut tu..dapatla yang dua² belah kanan dan kiri yeayea... pastu sempat lagi rembat sepasang sandal plak huhuhuhu pokai den..

TemuDuga punya Hal

Khamis lepas (14 Mei) semangat tol nak gi interview, open interview Kementerian Pelajaran post Pegawai Tadbir (kontrak). Actualy interview ni dah start 12hb lagi n hari ni last day. Konon² pegi last day ni tak de la ramai sangat orang. Kol 7.15 dah kuar rumah hantar member lu gi ofis coz nak pinjam kete dia hehe, pergilah dengan semangat yang berkobar² nih. Drive sampai sekolah presint 18. sampai dalam kol 7.45, wahhh...kemain ramai manusia lagi, parking pon dah tak de, cari parking sampai kat kuarters sebelah sekolah, tu pun dapat parking kat lobi je..aduhh...



Masuk je gate sekolah tu dah nampak barisan yang aaaaaaaammmmmmmmmaaaatttt panjang, aku terpaksa beratur belakang skali (dekat gate sekolah). Semangat dah turun sikit nih, macam nak balik pon ada, teruskan jugak...chhayyooo...

Barisan yang semakin panjang tu bergerak dengan sangat perlahan menuju ke meja pendaftaran. Sebelum nak sampai kat pendaftaran tu ada pit stop pertama kat dewan perhimpunan barisan dah sampai 7 line (mujur aku line ke dua). Berkat sabar (ada la merungut dan membebel cket²) dapat juga daftar. Pastu pecah plak pada 4 Jabatan. Dapat la nombor keramat 781 (uiks ramainya).



Pastu kena dok pulak kat bilik menunggu tu, tunggu punya tunggu sampaila turn aku masuk, masa tu dah pukul 12.30 tengahari, kira group aku tu (5 orang sekali masuk) yang last sebelum rehat tengahari. Panel tu pon tanya la soalan² cepu emas, biasalah kena perkenalkan diri, pastu wat group discussion tajuk "River Pollution", then dia tanya macam mana nak wat calculation guna excell last sekali soalan biasa la "kenapa dorang kena amik we all". Fuh sangap juga kejap maklumlan interview in english, cair beb berhabuk aku speaking London (konon la). Akhirnya temuduga yang dihadiri oleh sangat ramai pencari kerja ini aku tinggalkan pada pukul 1.30 petang. Dapat ke tak?....hemm entah lah tengok ada rezeki ke tak.

Khamis, 14 Mei 2009

Teringat





Tetiba teringat kat sepupuku sorang ni
Mohamad Aliff Saifuddin nama dia
nakal...dah la tak da gigi
rindunya kat dia...

Mama....I Loveee U

ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Sayasebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerna ketidaksabaran saya, maka untukkali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenanganlagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat kulupakan dari ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya,sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya sayapergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memilikibanyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...

Rabu, 13 Mei 2009

SeLamat Hari Ibu

Orang kata aku lahir dari perut mak….(bukan orang kata…memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku….mak

Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak
Bila bangun tidur, aku cari….mak

Bila nangis, orang pertama yang datang….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku….mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan….mak
Bila sedih, aku mesti telefon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak
Bila bengang, aku suka luah pada….mak

Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….makBila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau….mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak
Kalau balik ke kampung,Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku….mak
Yang selalu puji aku….makYang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak


Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada….mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat….mak
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak
Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu….aku ingat pasanganku

Selalu….mak ingat kat aku
Bila-bila….aku akan telefon pasanganku

Entah bila….aku nak telefon mak
Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak

Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.

Berderai air mata jika kita mendengarnya…..
Tapi kalau mak sudah tiada…..MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya….
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya….



Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Perjalanan puLaNg

2 minggu lepas masa cuti hari buruh 1 Mei, baik punya plan nak balik Klang la konon hari Jumaat tu, bajet perjalanan lancar le sebab hari cuti kan (Dari Putrajaya ---> Klang). Dalam pukul 9.30pagi dah kuar rumah gi tunggu bas kat Presint 9 (kena gi KL dulu), kol 9.45 bas Metro nombor 68 tu pun sampai naik je bas tu dah sangkut kat pintu bas (dah penuh la tu). Hmm tak kisahlah janji sampai KL..tengok² dalam bas tu adalah dalam 70% penumpangnya adalah orang² Bangla, nepal, indon, myanmar dan yang sewaktu dengannya, aduh...terfikir pulak aku agaknya sume orang Malaysia ni dah kaya kot, tu yang tak da orang nak naik bas...


dalam terhuyung hayang naik bas..(bawak laju plak tu, pastu kalau selagi boleh sumbat manusia dalam bas tu dia sumbat je..dah macam sardin dalam bas tu) sampai la juga kat KL..terus aku pon berlari² gi naik bas Wawasan Sutra nak balik Klang..masa aku naik tu bas kosong lagi..dalam 5 menet lepas tu dah penuh dan sekali lagi dipenuhi dengan orang² yang tersebut diatas. terasa la aku seperti berada jauh diluar negara (walla)..


oleh kerana lebuhraya persekutuan pada 1 Mei lengang je..bas yang dibawa selaju 120KMj tu sampai kat Klang dalam 20 menet je..sekali lagi aku dok mencari² bas Seranas ke Bukit Tinggi dengan tambang RM1. Kali ni berdiri lagi (bas dah penuh) tapi lagi sadis la (macam biasa la dipenuhi dengan orang² asing) nak dijadikan cerita ada plak orang *** di dok angkat tangan menyerlahlan haruman kat tepi aku..fuh pe lagi aku paling ke kiri ada juga yang dok tayang ke***k dia (alahai sesak nafas den)


Akhirnya setelah melalui detik sukar hampir 3 jam sampai lah aku ke rumahku di Bukit Tinggi..ahhh...lega rasanya...hmmm...beginilah nasib seorang penumpang bas huahuahua

Selasa, 12 Mei 2009

Tengah Layan Cite nih

Ahad lepas dok beli cite ni kat kedai buku..
baru baca sampai bab 3
ok la wat masa ni..
tapi tak de la sampai ketahap baca sampai tak leh benti
tu maknanya tak berapa nak menepati citarasa kot huhuhu



Teluki Itu untuk Aku - Nazawati




perasaan ini bagaikan air di kali yang sentiasa mengalir tanpa henti
Telah aku kuburkan dalam-dalam persahabatan bersama kau. Telah aku cuba simpan peristiwa aib itu dalam hati sampai mati. Bertahun aku menghilang, dan tidak pernah aku sangka waktu telah menemukan kita lagi. Malang apa yang menanti, pabila aku dan kau terperangkap dalam ikatan yang tidak pernah kita impikan?
Benarkah hati perempuan itu, kerasnya bagaikan kerak nasi? Percik air lembutlah ia...!Benarkah hati perempuan itu dalamnya tak terduga? Sentuh dasarnya, lunaklah ia...!Benarkah begitu...?
Ya, perempuan lain mungkin, tetapi tidak aku untuk lelaki seperti kau!Kau tidak pernah mengenali lagi aku Fir, kau tidak pernah lagi memahami aku Fir, kau tidak pernah sekalipun menyelami hati seorang aku!
Bahtera ini, arah kita tak serupapadamu... aku dendam yang tak terungkai, padaku... kau sahabat yang melukakan
Mengapa tidak kita akhiri sahaja tali ini, kalau kita tidak pernah endahkan ijab kabulnya, Fir?
***Bacalah hati perempuan NAZAWATI dalam Teluki Itu untuk Aku. Bandingkan dia dengan hati anda sendiri!

KoMik kesukaaN ku




Sekolah Detektif
sesion 1 (dah tamat)
sesion II (baru baca vol 1)
Detective Conan
Dah baca Vol. 1-64
Penyiasat Remaja
dah baca banyak gak
ikut tajuk² kes huhuhu
sangat suka membaca komik..tapi tak pernah beli pon hahaha
sume komik² ni kakak ku punya koleksi
dia yang suka beli dan kumpul
aku tumpang baca je
mula² tak suka..lama-lama jadi addict..
best best best sangat...