Jumaat, 22 Mei 2009

Fakta Menarik - Bahagian 1

Sedang didalam kebosanan tahap gaban, aku pon dok la membuka google dan merayau-rayau di alam maya. Masuk dan menceroboh serta memporak-perandakan blog-blog orang laen (huhuhu) sambil mencari² input untuk menambah kegeniusan aku (perasan sungguh) then terjumpalah beberapa fakta yang menarik untuk dikongsi bersama. Mungkin ramai yang sudah tahu dan mungkin juga ada yang tidak tahu lagi (macam aku lah tu). Oleh itu meh le kita sama-sama menambah pengetahuan kita supaya sel-sel otak kita semakin berkembang....


Fakta Menarik..
  1. Tahi burung adalah eksport utama Nauru, iaitu sebuah negara pulau yang terletak di barat Lautan Pasifik.

  2. Cuba adalah satu-satunya pulau di Lautan Carribbean yang mempunyai landasan kereta api.

  3. Perkataan ‘Canada’ dalam bahasa India bermaksud ‘Kampung Besar’ manakala perkataan ‘I am’ adalah ayat yang paling pendek dalam bahasa Inggeris. Sementara itu perkataan ‘samba’ pula bermaksud ‘menggosok pusat bersama-sama’.

  4. Ukuran sari untuk pakaian harian dan ketika menghadiri majlis-majlis tidak rasmi adalah sepanjang 2 meter manakala untuk majlis rasmi 3 meter. Apabila hadir ke sesuatu majlis, wanita India akan menentukan sari mana yang sesuai dipakai.

  5. Pada 25 Februari 1885, Medical and Physical Journal di London telah melaporkan satu kejadian aneh tentang seorang lelaki berusia 77 tahun yang pada mulanya sihat walafiat, tiba-tiba mengeluarkan peluh tanpa henti. Journal itu seterusnya melaporkan, lelaki tua berkenaan akhirnya meninggal dunia selepas tiga bulan berpeluh tanpa henti!

  6. 25 Oktober 1881, Malaga, Sepanyol: Seorang bidan membiarkan seorang bayi lelaki terbaring di atas meja kerana menyangka bayi tersebut telah meninggal dunia semasa lahir. Bagaimanapun, bapa saudara bayi tersebut yang juga seorang doktor tidak begitu meyakininya. Lantas doktor berkenaan telah memberikan bantuan pernafasan hingga bayi tadi bernafas semula. Bayi lelaki yang berjaya diselamatkan nyawanya itu kemudian diberikan nama, Pablo Picasso, yang apabila dewasa menjadi pelukis terkenal dunia.

  7. Tapak sulaiman tidak mempunyai otak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan