Rabu, 13 Mei 2009

Perjalanan puLaNg

2 minggu lepas masa cuti hari buruh 1 Mei, baik punya plan nak balik Klang la konon hari Jumaat tu, bajet perjalanan lancar le sebab hari cuti kan (Dari Putrajaya ---> Klang). Dalam pukul 9.30pagi dah kuar rumah gi tunggu bas kat Presint 9 (kena gi KL dulu), kol 9.45 bas Metro nombor 68 tu pun sampai naik je bas tu dah sangkut kat pintu bas (dah penuh la tu). Hmm tak kisahlah janji sampai KL..tengok² dalam bas tu adalah dalam 70% penumpangnya adalah orang² Bangla, nepal, indon, myanmar dan yang sewaktu dengannya, aduh...terfikir pulak aku agaknya sume orang Malaysia ni dah kaya kot, tu yang tak da orang nak naik bas...


dalam terhuyung hayang naik bas..(bawak laju plak tu, pastu kalau selagi boleh sumbat manusia dalam bas tu dia sumbat je..dah macam sardin dalam bas tu) sampai la juga kat KL..terus aku pon berlari² gi naik bas Wawasan Sutra nak balik Klang..masa aku naik tu bas kosong lagi..dalam 5 menet lepas tu dah penuh dan sekali lagi dipenuhi dengan orang² yang tersebut diatas. terasa la aku seperti berada jauh diluar negara (walla)..


oleh kerana lebuhraya persekutuan pada 1 Mei lengang je..bas yang dibawa selaju 120KMj tu sampai kat Klang dalam 20 menet je..sekali lagi aku dok mencari² bas Seranas ke Bukit Tinggi dengan tambang RM1. Kali ni berdiri lagi (bas dah penuh) tapi lagi sadis la (macam biasa la dipenuhi dengan orang² asing) nak dijadikan cerita ada plak orang *** di dok angkat tangan menyerlahlan haruman kat tepi aku..fuh pe lagi aku paling ke kiri ada juga yang dok tayang ke***k dia (alahai sesak nafas den)


Akhirnya setelah melalui detik sukar hampir 3 jam sampai lah aku ke rumahku di Bukit Tinggi..ahhh...lega rasanya...hmmm...beginilah nasib seorang penumpang bas huahuahua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan