Isnin, 18 Mei 2009

Kasut Oh Kasut

Wekend hari tu tak balik Klang. Dok saje kat Putrajaya, hari Sabtu tu pegila kat Alamanda, Hajat dihati nak tengok wayang citer xmen. Kuar rumah lepas zohor, sampai Alamanda terus gi beli tiket n masuk wayang kol 2.15. Ok la citer nye...layan la jugak..habis cite dalam kol 4.30 then jalan-jalan kat Alamanda. Jumpa plak kedai kasut VISS tengah wat offer, kira macam jualan cuci gudang la..murah..murah..murah..kebetulan memang nak beli kasut yang boleh pakai lari-lari sikit yang tidak bertumit la kononnya..belek punya belek, menyelit kat tengah² orang ramai gile, akhirnya jumpa gak satu kasut tu, kira ok la. dah try sume padan la kat kaki, tengok² kasut tu cam ada cacat sikit (maklumlah dah ramai yang pegang) cari la yang lain. tup tup jumpa sebijik..saiz pon sama tanpa berlengah lagi (x try dah - sebat je) untuk mengelakkan kesesakan yang semakin melampau terus gi bayar kat kaunter. Dapat gak kasut, then teruskan berjalan dan cuci mata kat Alamnda. B4 maghrib balik rumah. Tengah lepak² tengok TV terasa nak try la kasut yang beli tadi, sekali bukak jeng jeng jeng baru perasan kasut tu dua² belah untuk kaki kiri..waaaa cam na nak pakai...sadis tol..tu la akibatnya bila men redah je tak tengok² dulu..padan muka sendiri..



Hari ni gi Alamanda tukar balik kasut tu..dapatla yang dua² belah kanan dan kiri yeayea... pastu sempat lagi rembat sepasang sandal plak huhuhuhu pokai den..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan