Isnin, 18 Mei 2009

TemuDuga punya Hal

Khamis lepas (14 Mei) semangat tol nak gi interview, open interview Kementerian Pelajaran post Pegawai Tadbir (kontrak). Actualy interview ni dah start 12hb lagi n hari ni last day. Konon² pegi last day ni tak de la ramai sangat orang. Kol 7.15 dah kuar rumah hantar member lu gi ofis coz nak pinjam kete dia hehe, pergilah dengan semangat yang berkobar² nih. Drive sampai sekolah presint 18. sampai dalam kol 7.45, wahhh...kemain ramai manusia lagi, parking pon dah tak de, cari parking sampai kat kuarters sebelah sekolah, tu pun dapat parking kat lobi je..aduhh...



Masuk je gate sekolah tu dah nampak barisan yang aaaaaaaammmmmmmmmaaaatttt panjang, aku terpaksa beratur belakang skali (dekat gate sekolah). Semangat dah turun sikit nih, macam nak balik pon ada, teruskan jugak...chhayyooo...

Barisan yang semakin panjang tu bergerak dengan sangat perlahan menuju ke meja pendaftaran. Sebelum nak sampai kat pendaftaran tu ada pit stop pertama kat dewan perhimpunan barisan dah sampai 7 line (mujur aku line ke dua). Berkat sabar (ada la merungut dan membebel cket²) dapat juga daftar. Pastu pecah plak pada 4 Jabatan. Dapat la nombor keramat 781 (uiks ramainya).



Pastu kena dok pulak kat bilik menunggu tu, tunggu punya tunggu sampaila turn aku masuk, masa tu dah pukul 12.30 tengahari, kira group aku tu (5 orang sekali masuk) yang last sebelum rehat tengahari. Panel tu pon tanya la soalan² cepu emas, biasalah kena perkenalkan diri, pastu wat group discussion tajuk "River Pollution", then dia tanya macam mana nak wat calculation guna excell last sekali soalan biasa la "kenapa dorang kena amik we all". Fuh sangap juga kejap maklumlan interview in english, cair beb berhabuk aku speaking London (konon la). Akhirnya temuduga yang dihadiri oleh sangat ramai pencari kerja ini aku tinggalkan pada pukul 1.30 petang. Dapat ke tak?....hemm entah lah tengok ada rezeki ke tak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan