Isnin, 8 Jun 2009

Fakta Menarik - Bahagian 2

huah..sungguh bosan dan pening betul rasanya..meh le kite sama-sama menambah pengetahuan pada perkara yang selama ini kita tak tau atau pun dah tau tapi macam tak perasan lak..

Fakta Menarik
  1. Pada Mac 1846, Muzium British telah menerima hadiah berupa koleksi siput dari Greek & Mesir. Daripada sekian banyak siput itu, terdapat dua ekor siput Mesir yang telah digam pada sebuah plak dan diletakkan di dalam kebinet pameran. Kejadian aneh berlaku empat tahun kemudian iaitu pada Mac 1850 apabila kelihatan ‘sesuatu’ yang licin dan berkilat di sekeliling mulut salah seekor daripada siput berkenaan. Spesimen itu diambil dan dimasukkan kedalam sebekas air. Mengejutkan, selepas 10 minit direndam, spesimen itu bergerak-gerak, kemudian mengelilingi bekas air tersebut. Rupa-rupanya ia adalah seekor siput kecil! Siput itu terus membesar dan lima bulan kemudian majalah Annals and Magazine of Natural History melaporkan siput itu makan apa saja sayuran yang diberikan kepadanya terutama daun kubis dan salad.

  2. Sebelum masuk ke dalam sistem solar kita, planet Venus asalnya adalah sebuah komet.

  3. Di Florida, Amerika, terdapat syarikat insurans yang menawarkan perlindungan daripada diculik makhluk asing.

  4. Walaupun tenaga seekor buaya semasa menutup mulutnya begitu kuat hingga boleh mematahkan tulang-temulang kita, tetapi otot yang bertindak membuka mulut haiwan tersebut terlalu lemah hingga kita boleh memegang mulut reptilia itu dan menghalangnya daripada terbuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan.

  5. Fakta ini untuk pembaca yang suka mewarnakan rambut: Suatu ketika dahulu, masyarakat Rom & Mesir kuno menggunakan campuran minyak panas dan sisa berudu hancur untuk membuat pewarna rambut!

  6. Kira-kira 60 juta tahun lalu, nenek moyang kuda yang ada sekarang hanyalah setinggi satu kaki sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan